horey..horey...


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan terkejut dan kecewa dengan kenyataan naib ketuanya, Datuk Rosni Zahari yang menuduh kenyataan beliau menyokong mengekalkan pelan peralihan kuasa Wanita Umno pada Jun 2009 bukan pandangan sebulat suara Wanita Umno negeri itu.

Beliau yang juga Exco Wanita Umno berkata, tuduhan Rosni itu tidak tepat kerana Wanita Umno Pahang ada mengadakan pertemuan Sabtu lalu yang dihadiri semua Ketua Bahagian kecuali Rosni dan bersetuju menyokong Tan Sri Rafidah Aziz dan pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 dikekalkan.

“Kenyataan saya mengenai sokongan terhadap pelan peralihan itu Jumaat lalu seperti yang dilaporkan media, dibuat berdasarkan kepada hasil mesyuarat semua Ketua Wanita Umno bahagian pada 28 September iaitu tiga hari selepas Exco Wanita mengadakan mesyuarat mengenai pelan peralihan kuasa.

“Dalam mesyuarat itu, semua Ketua bahagian kecuali Rosni hadir dan bersetuju mengekalkan pelan peralihan kuasa kepada Jun 2009.

“Sabtu lalu, sekali lagi kita mengadakan mesyuarat dan memanggil semua ketua termasuk Rosni tetapi tidak hadir walaupun sebelum itu bersetuju datang. Dalam mesyuarat ini, kita sekali lagi bersetuju dengan pelan peralihan kuasa pada Jun depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Maznah mengulas mengenai kenyataan Rosni pada Sabtu lalu yang mendakwa sokongan terhadap Rafidah dan pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 dikekalkan, bukan pandangan sebulat suara Wanita Umno Pahang.

Maznah yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, Rosni sepatutnya datang berjumpa jika tidak berpuas hati dan bukan menggunakan media dan memutarbelitkan fakta.

“Mengapa beliau tidak menggunakan forum dalam mesyuarat Sabtu lalu untuk menyatakan pendirian. Kita bersedia mendengar semua pendapat tetapi beliau enggan hadir,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Wanita Pahang akan terus memberi sokongan kepada Rafidah dan mahu pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 dikekalkan.

gaduh...gaduh....gaduh....

No comments

Powered by Blogger.