Alangkah indah kalau UMNO menerima Islam



DIANTARA SEBAB UMNO DISERANG "ANGIN AHMAR" IALAH KERANA SIFAT SOMBONG DAN ANGKUH PEMIMPINNYA.

Semalam saya gambarkan secara sembang-sembang kat kopi tiam berkenaan UMNO. Tapi kali ini saya akan berbicara selaku saudara seagama yang simpati melihat kacau bilau yang melanda UMNO. Kacau bilau dek kerana tangan-tangan mereka sendiri. Bukan kah Allah telah berfirman;


ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذي عملوالعلهم يرجعون
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Apakah kejahatan yang telah dilakukan oleh UMNO sehingga setiap sendi-sendi tubuh UMNO semakin reput dan tidak bermaya, (dalam atikal saya sebulan yang lalu, saya namakan umno sepagai pengidap osteoporosis yang parah). Kelumpuhan itu sebenarnya datang daripada dalam ruh UMNO itu sendiri disamping melonjakknya pengaruh dan kekuatan pihak lawan.

Apakah kesilapan dan dosa UMNO sehingga tidak sampai pun usia 70 tahun, umno sudah kelihatan sangat tua. Dalam usia 62 tahun sepatutnya umno dihormati. Anak-anak datang berziarah silih berganti. Kalaupun datang tak bawa buah tangan, tapi sekurang-kurangnya menjenguk sebagai mengambil hati. Tapi realiti yang berlaku sebaliknya. Bukan sekadar anak cucu tak datang, bahkan di makinya tok aki.

Mesti ada suatu yang tak kena apabila keadaan itu yang terjadi. Umno diberi kuasa memerintah oleh Allah sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Walaupun ramai tokoh yang bukan UMNO yang turut mempercepatkan peroses kemerdekaan itu, namun nama pemimpin Umno jugak yang dijulang dan dilaungkan setiap kali negara menyambut hari kemerdekaan.

Gambar tokoh-tokoh UMNO sebesar gergasi diletakkan dipersimpangan jalan. Sehingga anak-anak kecil tersangka dainasor menjelma kembali. Untuk menjamin kedudukan Umno tidak tergugat dan digugat, maka ISA dikekalkan sebagai "Hantu Raya" yang akan mengertak siapa sahaja yang cuba mendekati kubu pertahanan Umno. Rakyat di kuliahkan dengan ajaran sesat; "tanpa Umno, negara ini akan mundur, tanpa Umno, jangan harap makcik-makcik nak dapat subsidi. Elaun tok imam tu pun Umno yang beri. Negara ini akan huru hara kalau bukan Umno yang memerintah".

Maka tertipulah setengah rakyat yang pernah masuk sekolah dewasa, atau cerdikpandai yang berfikir cara pelajar sekolah dewasa. Umno yang diamanahkan oleh Allah mentadbir negara, telah bertindak selaku "tuan". Sesiapa yang tidak meyokong Umno, maka akan disekat daripada mendapatkan subsidi. Baja padi pun dicetak dengan gambar dacing gabungan parti yang umno jadi tulang belakangnya. Asal ada perojek maka terpampanglah tulisan besar; "ini satu lagi projek Barisan Nasional". Anak-anak parti pembangkang dinafikan daripada memperolehi biasiswa walaupun dapat 5A.

Tapi kalau anak orang Umno, tambahan pulak anak JKK, pasti ditawarkan biasiswa kerana berjaya skor 5E. Hasil mahsul bumi Allah ini telah diurus tadbir secara haram oleh Umno. Saki baki harta yang ada di "faraed"kan sesama mereka. Dimana silapnya Umno sehingga terpaksa menderita diusia tuanya. Marilah kita lihat secara ringkas kesilapan mereka. Ianya iktibar kepada Pas.Kehancuran Umno sewajarnya menjadi subjek teras yang wajib dibaca oleh Pas. Kemudian minta naqib-naqib buat kupasan dan huraian. Tujuannya agar Pas tidak akan melalui jalan yang sama. Iaitu jalan yang telah membinasakan Umno. 1. Umno tidak menjadikan
Islam sebagai dasarnya.

Sejak awal-awal lagi Umno telah melakukan kesilapan, iaitu berpaut kepada dasar Nasionalisme sakular. Sedangkan Allah telah berfirman; ومن يبتغ غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الاخرة من الخاسرين Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi. Rugi bukan sahaja diterjemah dengan kerugian biasa yang selalu difahami.

Tetapi "rugi" juga bermakna tidak mendapat keberkataan dan keredhaan Allah. Jika individu yang tidak mengambil Islam akan rugi, maka begitu juga pertubuhan, parti atau organisasi yang tidak mengambil Islam sebagai dasarnya. Perjuangan mereka, seruan mereka dan segala kerja-kerja parti yang mereka lakukan, tersisih daripada keberkataan Allah swt. Silapnya Umno ialah ia tidak membangunkan partinya diatas foundation yang kukuh, iaitu Islam.

Apabila asasnya rapuh maka seluruh bangunan itu akan goyah dan tumbang. Inilah yang disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quraan surah Ibrahim ayat 26,maksudnya; Dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Apabila Islam tidak dijadikan dasar oleh sesebuah parti, maka ujudlah pengasingan Islam dengan aktiviti parti. Parti dan ahli hanya dikawal oleh kod atika dan displin parti sahaja.

Sedangkan manusia tidak akan cukup dengan atika dan displin semata-mata. Mereka memerlukan batas-batas yang lebih kukuh dan jelas yang ditunjanggi oleh akidah dan Iman. Manusia perlu dikawal oleh batas hukum halal dan haram. Perlu disedari bahawa halal dan haram bukan boleh direka-reka oleh parti. Ianya ketetapan Allah. Lalu bilamana parti tersebut awal-awal lagi tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya, maka tiada halal dan haram kepada mereka. Agama hanya tinggal dalam batasan Individu sahaja.

Tetapi parti bebas dari keterikatan dengan ketetapan Halal dan Haram. Justeru itu Politik wang, rasuah politik, penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan, cantas mencantas secara haram akan terus berleluasa. Hatta saat nazak ini pun rasuah masih membudayai pemilihan kepimpinan Umno. Di sinilah punca kelumpuhan Umno yang paling ketara. 2. Muncul pemimpin yang takabbur dan angkuh. Di antara punca Umno diserang "angin ahmar" ialah sifat sombong sebahagian barisan kepimpinannya. Kesombongan itu sampai kepada peringkat "beraja di hati, bersultan dimata".

Akib sejarah keanggkuhan UMNO di malaysia sudah sangat sarat. Rakyat sudah tidak sanggup lagi menanggungnya. Demi menyelamatkan syarikat-syarikat kroni mereka, kepentingan rakyat dipertaruhkan dimeja judi politik Umno. Jika menang mereka yang mendapat keuntungannya, dan jika kalah, rakyat terpaksa menanggung bebanannya. Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya; "Barangsiapa takabbur, Allah akan perhinakan mereka. Dan barangsiapa merendah diri, Allah akan angkat kemuliaannya".

Sekarang UMNO sudah sampai kepada kebenaran sabda itu. Apa tidaknya, semua orang nampak apa yang dilakukan oleh Umno yang menguasai kerajaan pusat terhadap kerajaan Kelantan di bawah Pas. Berbelas tahun kerajaan Pas bukan sahaja di anaktirikan bahkan dimusihi oleh Umno. Rumah-rumah setinggan diberembang, kijal dan baru-baru ini di Johor disapu oleh Umno tanpa belas kasihan. Bukankah doa-doa mereka-mereka yang tertindas itulah yang telah membinasakan Umno. Rintihan rakyat terutama negeri yang dikuasai pembangkang tidak diendahkan oleh Umno.

Keangkuhan Idris Jusoh dalam kes perobohan surau di Bujal Kijal, cukup jelas. Kesombongan Khir Toyo dengan kes penyapunya sudah diketahui umum. Keceluparan Anuar Musa dan Awang Adik yang bercita-cita merampas kelantan dengan bantuan Khairi Jamaludin telah nyata dalam pentas politik kelantan. Allah tidak pernah menjawab kesombongan dengan kejayaan dan kemenangan.

Bahkan setiap keanggkuhan itu dijawab oleh Allah dengan kekalahan dan kehinaan. Saat Umno merasa cukup optimis untuk menguasai Kelantan dalam PRU 12, kerana mereka mempunyai seluruh jentera utama termasuk SPR, maka saat itulah Tok Guru bersama rakyat Kelantan bermunajat penuh hiba kepada Allah. Suara siapa yang telah disapa oleh Allah? (bersambung siri 3 ) http://ustazmokhtar.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.