Wartawan BH dilarang buat liputan

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan hari ini selepas mendapati akhbar itu yang tidak menyiarkan sebarang ralat terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan yang disiarkan semalam.

Speaker Dewan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan.

“Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan saya mengambil keputusan agar wartawan daripada akhbar itu tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang dewan bersidang,” katanya pada sidang DUN ketiga (Belanjawan) di sini hari ini.

No comments

Powered by Blogger.