Vwaishhnnavi dan ibunya dibebaskan, 10 di mahkamah~malaysiakini

P Vwaishhnnavi, anak saudara tahanan ISA, P Uthayakumar, 6, dan ibunya, K Shanti telah dibebaskan hari ini selepas semalaman di balai polis Putrajaya.

Dua beranak itu bersama 10 orang lagi, ditahan semalam apabila mereka mahu menyerahkan surat kepada pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, merayu supaya dibebaskan tahanan ISA.

Kedua-duanya dibebaskan lewat malam tadi tetapi mereka enggan meninggalkan balai polis tersebut dan tinggal di situ bersama yang lainnya.

Baki 10 orang lagi dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pagi ini di mana pihak polis dijangka memohon mereka ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kawalan keselamatan di kompleks mahkamah adalah ketat di mana terdapat enam trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta sebuah trak meriam air.

Kira-kira 50 penyokong dan anggota keluarga mereka yang ditahan turut berada di mahkamah.

Para wartawan pula dilarang masuk ke kompleks mahkamah untuk membuat liputan.

Peguam Amer Hamzah dari jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, yang mewakili 10 tahanan tersebut, kini sedang berhujah berhubung prosiding reman tersebut.

Vwaishhnnavi adalah anak perempuan pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang kini tinggal di London.

Polis: Vwaishhnnavi tidak ditahan

wahthamoorthy daughter memo 220108 w vwaishhnnavi

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu Malaysiakini semalam bahawa lapan lelaki dan tiga wanita ditahan dalam insiden tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa Vwaishhnnavi tidak ditahan dan berada berada ibunya.

Menurut polis, mereka yang ditahan itu sedang disiasat di bawah Akta Pertubuhan ekoran tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan Hindraf pada 15 Oktober lalu.

Penyelaras Badan Pemantau Polis, S Jayathas, yang turut ditahan, mendakwa diberitahu bahawa mereka merupakan sebahagian daripada perhimpunan haram kerana berkumpul dekat pintu masuk bangunan tersebut.

"Kami cuba mendapatkan kebenaran daripada pengawal keselamatan untuk membolehkan Vwaishhnnavi menyerahkan suratnya. Mereka berkata, kami dari Hindraf, tetapi kami bertegas bahawa kami adalah 'kumpulan prihatin kaum India' yang menemani Vwaishnnavi," kata Jayathas semalam.

No comments

Powered by Blogger.