SOKONG BOIKOT UTUSAN DAN SEMUA PENERBITANNYA ~ Ref Malaysiakini

Saya memang konsisten memboikot utusan dan penerbitannya dari dulu lagi kerana meluat dengan cara pemberitaan dan fitnah yang sering dilemparkan kepada parti-parti politik bukan BN. Malah dalam laporannya juga Utusan Meloya sering menipu pembaca dengan fakta-fakta yang mengelirukan dan angka yang tidak tepat.

Sudah lama rasanya saya tidak membeli akhbar pembodek ini, cuma membaca sekali sekala di kedai atau warung ketika minum atau makan. Itupun kadang-kadang meluat membaca lantaran darjah pembodekan yang terlampau.

Sebagai contoh mudah, cuba kita belek Utusan Meloya tentang laporan penamaan calon pilihanraya. Sudah tentu Utusan akan melaporkan bahawa jumlah penyokong lawan BN akan berkurangan jauh dari angka sebenar. Kalau jumlah sebenar 10,000 sudah tentu utusan akan melaporkannya kurang dari 5,000. Itulah kerja Utusan Meloya iaitu menipu dan membelit. Bak kata sahabat saya hanya berita sukan, nombor ekor dan rancanan TV sahaja yang boleh dipercayai jika kita membaca Utusan Meloya, yang lain baca boleh percaya jangan.

Peranan Utusan Meloya sebagai pembodek, tukang kempen, pencacai dan pemfitnah untuk mempastikan kuasa Umno/BN menjadikan akhbar ini terus bongkak tidak menghiraukan nasihat dan teguran dari rakyat yang membeli dan menyokong akhbar ini.

Utusan lupa akan amaran yang pernah diberikan oleh Presiden PAS suatu ketika dulu bahawa selagi fitnah, penipuan dan tohmah yang dibuat oleh Utusan terlekat dan dipercayai oleh pembacanya selagi itulah Utusan dan penulis dan pengarang Utusan tersebut berdosa dan ianya tidak diampunkan sehingga mereka meminta maaf dari orang yang difitnah dan diumpat. Bayangkan jika 10 juta rakyat membaca dan percaya dengan fitnah tersebut....macamana mereka nak minta maaf?

Sejak akhir-akhir ini Utusan Meloya me'nyanyi'kan semula lagu-lagu lama iaitu menonjolkan isu-isu perkauman untuk menerbitkan semangat kebencian orang Melayu kepada DAP. Ianya bertujuan untuk memecahkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri.

Ahli Parlimen Seputeh yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok menjadi sasaran utama dalam isu azan dan lain-lain.

Saya percaya PAS dan PKR sudah matang dengan taktik Utusan ini. Malah rakyat Malaysia juga sudah tentu sudah masak dengan strategi dan kerja jahat Utusan Meloya ini.

Akhirnya saya menyeru seluruh kerajaan Pakatan Rakyat, agensi-agensinya, seluruh rakyat Malaysia supaya memboikot Utusan Meloya dan semua penerbitan di bawah payung Kumpulan Utusan.

muta ligat

No comments

Powered by Blogger.