jenuh najib nak jawab!~malaysiakini

Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia, bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Mereka bergerak dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur ke balai polis itu dengan membawa kain rentang bertulis "Najib penuh skandal! Ketika menjadi menjadi menteri pertahanan."

Sepanjang perjalanan itu dalam jarak beberapa ratus meter, kumpulan ini diawasi oleh beberapa puluh anggota polis, termasuk yang berpakaian biasa.

Semalam, timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa membuat aduan polis berhubung kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa "lebih mahal" berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

No comments

Powered by Blogger.