apabila menteri kewangan yang bangang!~malaysiakini

Harga Minyak dunia dah turun tapi najib kata beri masa sikit kepada kerajaan untuk membuat keputusan

Najib kata harga minyak malaysia akan ikut Harga Minyak dunia ,tapi harga minyak dunia dah lama turun .sap-sap najib kata beri masa sikit kepada kerajaan untuk membuat keputusan... pening-pening... yang mana satu betul, merapu dah agaknya.

Kalau Betul-Betul Kerajaan Nak jaga Kebajikan Rakyat, Turunkan Segera Harga Minyak.. Jangan Dok Merapu Dengan Alasan-Alasan Bodoh…

Harga Petrol Dan Diesel Akan Ikut Harga Pasaran Dunia - Najib

PEKAN, 25 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel akhir bulan ini berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kabinet menyerahkan kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan berhubung harga baru itu.

“Tunggulah, kita dah janji bahawa kalau harga minyak dunia turun, maka harga minyak petrol dan diesel tempatan akan melambangkan harga pasaran minyak yang sebenarnya.

“Bagilah sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan, kabinet telah memberi mandat kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk membuat keputusan sekiranya harga minyak dunia semakin menurun, maka minyak tempatanpun akan turun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal haji kawasan Parlimen Pekan, di kediamannya di sini.

Ditanya sama ada kerajaan mungkin mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 30 Okt atau 1 Nov ini seperti kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad semalam, Najib berkata: “Tak bolehlah bagi tahu, tapi biasanya tak lama kita akan buat keputusan…lebih kurang begitulah (tarikh umumkan harga baru itu), tertakluk bila mesyuarat (Majlis Ekonomi) nanti” kata Najib.

Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 Sept dan kali terakhir 15 Okt. Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Ditanya kemungkinan harga petrol dan diesel diturun ke paras harga bawah RM2, Najib sambil ketawa berkata: “Tunggu dululah (pengumuman harga baru itu).”

Ditanya mengenai trend penurunan harga petrol dan diesel ini dilihat tidak menjurus kepada penurunan harga barang, Najib berkata kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu.

“Kita sedang berusaha, beberapa langkah termasuk bekerjasama dengan pasar raya besar (dan) pengeluar.

Pemilik pasar raya besar bersetuju memberi penurunan harga kepada beberapa barangan dan produk yang akan diumumkan sehari dua ini,” katanya.

Mengenai kesan penurunan harga komoditi sawit dan getah kepada peneroka, Najib berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pendapatan peneroka tidak akan turun di bawah paras RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini, mereka mendapat purata (pendapatan) tinggi antara RM3,000 dan RM4,000 (sebulan), satu aspek kita harap mereka ada mengamalkan amalan menabung, mereka ada rezab sedikit bagi menghadapi zaman harga menurun.

“Kita ada langkah seperti memberi bonus yang saya umumkan (sebelum ini), bonus RM700 hingga RM2,000 (diberikan) Disember ini, langkah lain bagi menggalakkan peneroka mengambil bahagian dalam aktiviti lain seperti berniaga, kraftangan, bercucuk tanam dan sebagainya, tidak bergantung kepada sawit dan getah untuk pendapatan mereka,” katanya.

Menjawab soalan mengenai langkah menghadapi kesan krisis ekonomi global, Najib berkata beliau akan mengumumkannya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada 4 Nov ini.

http://www.bernama.com.my

1 comment

Unknown said...

Tidak payahlah tunggu-tunggu. Kalau turun, turunlah. Kalau tak turun, tak turunlah. Terima ajelah. Kan kita ni rakyat yang bangang, bodoh tidak tahu apa-apa!

Powered by Blogger.