ali merayu lagi~malaysiakini

''Biarpun menghadapi masalah atau cabaran dalam parti, setiap ahli UMNO akhirnya akan sentiasa memilih calon yang terbaik dari banyak-banyak calon yang menawarkan diri merebut jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak projek pembinaan bangunan Wisma Persekutuan bernilai RM208 juta di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Bangunan 21 tingkat itu yang dijangka siap pada November tahun depan dimajukan oleh Konsortium Perwira Bintang Holding Sdn. Bhd. dan Kumpulan Melaka Berhad.

Mohd. Ali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam yang menyarankan semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender' ekoran gejala politik wang.

Kata Ketua Menteri, pemilihan parti perlu dibuat berdasarkan kesanggupan seseorang calon itu untuk berkhidmat, mempunyai rekod cemerlang dan banyak menyumbang kepada perpaduan parti.

''Ini perkara asas yang wajar digunakan setiap ahli parti untuk memilih di kalangan ramai calon yang bertanding.

''Namun, saya sentiasa percaya perkara ini sentiasa diambil kira dan menjadi amalan setiap ahli UMNO ketika mereka memilih calon pilihan masing-masing kerana ia merupakan perkara asas dan ahli tidak pernah lari dari pegangan mereka ini," katanya.

Katanya, Rais mungkin mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan apa yang beliau rasa dan pernah menghadapi pengalaman sedemikian.BH


dah la tu ali...hang orang dah tau perangai...apa kes sal datuk SRK? jangan biki malu satu malaysia bro..

No comments

Powered by Blogger.