Akhbar Utusan Malaysia Elok Di Tukar Kepada Akhbar Hiburan - Malaysiakini


Boikot sahaja akhbar Utusan Malaysia. Saya lebih rela membaca akhbar tersebut di warung makan ataupun di internet daripada membazirkan wang untuk membelinya. Saya akui memang sudah lama saya tidak membeli akhbar yang penuh dengan ilmu putar alam.

Gaya penulisan dan olahan berita yang paling teruk saya baca setakat ini. Penuh dengan ayat-ayat mengampu dan membodek sehingga hendak keluar segala isi perut saya apabila membacanya.

Walaupun sudah bertapak di Malaysia puluhan tahun, akhbar Utusan Malaysia sanggup menjadi akhbar pencacai serta penjilat no. 'wahid' kepada pemimpin UMNO dan BN daripada membentangkan isu yang telus dalam negara. Corak berita yang begitu berat sebelah sehingga menyebabkan saya naik meluat membaca segala intipati yang terdapat didalam akhbar tersebut.

Maklumat yang dibawa jelas menunjukkan kepincangan pihak pengurusan Utusan Malaysia dimana mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Yang berkualiti hanyalah kisah-kisah artis di dalam dan luar negara. Isu-isu yang berkaitan artis mereka sanggup mengupas sehingga ke lubang cacing. Jika beginilah gayanya, eloklah akhbar Utusan Malaysia ditukar menjadi akhbar Hiburan Malaysia kerana isu artis yang dibawa adalah lebih tepat daripada kisah-kisah benar yang membabitkan masyarakat di Malaysia...

Oleh itu, wajarlah untuk kita semua memboikot akhbar ini daripada membelinya. Biar mereka rasa kesannya akibat suka menyiarkan maklumat-maklumat palsu serta memanaskan lagi isu perkauman yang begitu sensitif dikalangan rakyat di Malaysia....oleh itu marilah 'BOIKOT UTUSAN MALAYSIA'...!!!

No comments

Powered by Blogger.