Kes Anwar: Hakim putuskan pada 7 Okt

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Pagi ini, Hakim SM Komathy Suppiah akan mendengar hujah dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808Bagaimanapun, pihak peguambela membantah notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mereka membantah kerana Peguam Negara tidak seharusnya memainkan sebarang peranan dalam kes ini kerana beliau sendiri sedang disiasat berhubung aduan mereka bukti dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.

Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.

Sementara ini, kawalan keselamatan ditingkatkan di kompleks mahkamah Jalan Duta di mana beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia manakala anggota polis ditempatkan di pelbagai lokasi.

Mereka yang hendak memasuki bilik mahkamah juga perlu menjalani pemeriksaan polis.

Anwar tiba kira-kira jam 9.50 pagi dan masuk ke bilik mahkamah lapan minit kemudiannya. Kes ini dijadual didengar jam 10 pagi.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikatjamin.

Bagaimanapun, para penyokongnya bimbang sekiranya ikatjamin tersebut dibatalkan, mengakibatkan Anwar ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraannya - satu proses yang mungkin memakan masa berbulan-bulan.

Bagaimanapun, isu tersebut tidak dibangkitkan dalam prosiding sebelum ini dan ia juga dijangka tidak dibangkitkan hari ini.

[Berita penuh menyusul]

No comments

Powered by Blogger.