Keluarga Saiful dapat Tanah Jutaan Ringgit di Janda Baik? ~ Malaysiakini


Maklumat terkini juga ada menyebut bahawa bapa Saiful Bukhari, iaitu Azlan Mat Lazim khabarnya telah membuat satu "deal"Janda Baik, Bentong Pahang. Difahamkan keluarga beliau juga khabarnya menginap di Kg. Janda Baik iaitu lokasi yang sama dengan tapak tanah dan banglo yang ingin dibeli itu. Pembelian masih dalam peringkat rundingan dan tiada sebarang pembayaran dibuat kepada pemilik tanah terbabit. Namun, dek kerana pemilik tanah "naik hairan" dengan rundingan pembelian berkenaan maka hal ini telah didedahkan kepada beberapa orang kampung dan yang rapat dengan beliau. Jika benar laporan ini, maka isunya sekarang "dari mana" bapa Saiful boleh mendapat duit yang banyak seperti itu?. Walhal beliau hanya pekerja kampung yang tidak semewah seperti yang dilihat hari ini. Apakah keluarga Saiful sudah berangan-angan untuk memiliki hartanah terbabit selepas segala kerja dilakukan oleh anaknya itu selesai.

Siapakah yang menawarkan ganjaran mewah ini? Dan ini bermakna, Saiful telah melaksanakan satu tugas besar yang membolehkan keluarganya kaya raya untuk tujuh keturunan. Maka itu siapakah yang berani membuat laporan polis atau kepada Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat dakwaan ini. Akaun Saiful serta keluarganya perlu disiasat sekarang?. Jika terdapat jumlah wang yang meragukan, maka sudah pasti ia ada kaitan dengan kes "liwat" yang dihadapi oleh Anwar ini. Marilah kita sama-sama berdoa, agar Anwar akan selamat dari segala malapetaka ini. Kita juga mengharapkan agar Saiful akan tampil jua dalam apa keadaan sekalipun untuk membongkar segala kekalutan yang berlaku dalam kes ini.


[Pihak kami sedang menyiasat lokasi hartanah terbabit. Laporan terkini akan dibuat dari masa ke semasa. Kepada warga Pahang dan rakyat Malaysia yang berminat untuk berhariraya ke rumah keluarga Saiful Bukhari bolehlah berkunjung ke rumah Azlan Mat Lazim, No.120 Kg.Janda Baik, Bentong Pahang. Seelok-eloknya sila buat appointment dengan menghubungi ayah Saiful di talian .....Nombor H/P tidak dapat didedahkan atas faktor keselamatan beliau]

~ Pahang Daily

No comments

Powered by Blogger.