jom raya ketiga kita jumpa tok guru

Mahasiswa dan siswazah Kelantan berpeluang menemui Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kerajaan negeri pada program 'Eidulfitri Mahasiswa Kelantan 2008' 3 Syawal ini.

Program itu akan diadakan di Dewan Besar, Balai Islam bermula jam 8 pagi sehingga 12.15 tengah hari.

Himpunan tersebut dianjurkan Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.

Jurucakap MSK berkata, program itu bertujuan menghimpunkan anak-anak Kelantan yang sedang menuntut dan telah tamat pengajian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya tema himpunan mahasiswa tahun ini iaitu 'Kesatuan Cendikiawan Mendepani Perjuangan Islam'.

Selain itu katanya slot diskusi dan dialog yang bertajuk 'Peranan Mahasiswa Dalam Merealisasikan Konsep Membangun Bersama Islam' juga akan diadakan.

"Ia diselangi dengan cabutan bertuah dan akan diakhiri dengan ucaptama Menteri Besar dan jamuan raya," ujarnya.

Mereka yang berminat untuk menyertai program itu boleh hubungi Firdaus (019 9852382) atau Aini (019 9402320). - mj _

No comments

Powered by Blogger.