DSAI - Ancaman terhadap Pembesar-Pembesar UMNO, Dulu, Kini dan Selamanya

Oleh Abdul Wahab Ibrahim

 Dakwaan terbaru oleh Perdana Menteri, Pak Lah terhadap Anwar Ibrahim membuktikan bahawa pembesar-pembesar UMNO semakin tidak yakin terhadap diri sendiri. Mereka menjadi gusar dan gundah gulana, sepertimana pepatah melayu ada menyebut " Jika dah takut, tunggul kayu pun disangkakan hantu".

Anwar Ibrahim bukanlah ancaman kepada negara tapi beliau lebih merupakan ancaman kepada UMNO sebenarnya. Malu untuk mengakui hakikat tersebut maka negara telah dijadikan tembok dan kubu oleh Pembesar-pembesar UMNO untuk terus kekal berkuasa dan berleluasa.

Lalu mereka bertemu, berbincang untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam yang perlu dikorbankan bagi menghalalkan segala penyelewengan dan salahguna kuasa selama 51tahun pemerintahan yang lalu.

Anwar Ibrahim merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada satu ketika dulu sebelum teraniaya dengan konsipirasi politik paling kotor dalam sejarah Malaysia. Keseluruhan pembesar-pembesar UMNO dan Perdana Menteri dan kabinetnya yang ada sekarang ini adalah merupakan orang bawahan Anwar Ibrahim pada waktu itu. Sudah pasti mereka mengenali dan mengetahui kewibawaan serta bakat semulajadi kepimpinan anugerah Allah swt kepada Anwar Ibrahim. Sumbangan beliau dalam kepimpinan kerajaan bukan sedikit waktu itu tiada siapa mampu menafikannya. Malahan baru-baru ini saranan beliau melalui kaedah terperinci supaya harga minyak dapat diturunkan juga disampaikan kepada kerajaan. Ini menunjukkan sikap dan sifat pemimpin yang jiwanya bebas dan merdeka. Beliau boleh bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap negara. Seperti lazimnya pembesar-pembesar UMNO dengan kesombongan dan keangkuhan menolak sambil memperlekehkan saranan beliau.

Anwar Ibrahim menjadi mimpi ngeri dan seram kepada pembesar-pembesar UMNO kerana rahsia bahtera UMNO sudah tidak menjadi rahsia pada Anwar Ibrahim. Lantaran itu tidak hairan jika ada dakwaan terbaru dari pembesar-pembesar UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sudah di uji diseluruh zamannya. Ketabahan dan kecekalan beliau tidak pernah goncang dan goyah semata-mata prihatin terhadap masalah rakyat. Suara rakyat yang telah mengangkat dan menobatkan beliau pada tanggal 26hb. Ogos 2008 di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Suara rakyat juga telah menghantar beliau ke pintu Dewan Rakyat, Insya Allah tak lama lagi suara rakyat sekali lagi akan menobatkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Akhirnya kepada pembesar-pembesar UMNO jangan gusar dan gundah gulana. UMNO tak akan hilang di dunia dan rakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan UMNO/BN Melaka dibawah kepimpinan Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam kerana telah menyediakan maqam UMNO yang bernama Muzium UMNO di Melaka Bandarraya Bersejarah.

Sekian.

Abdul Wahab Ibrahim
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Melaka
0196528969

No comments

Powered by Blogger.