Tangisan & Air Mata Kegembiraan

Alhamdulillah, semua orang sudah tahu siapakah yang menang di pilihanraya
kecil P44 Permatang Pauh. Anwar Ibrahim diisytiharkan menang oleh SPR dan
tidak terkecuali kepada rakyat yang mengundi dan menyokong beliau dalam
memberikan harapan besar kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat.

Setelah menang, kini persoalan siapa akan lompat dari kalangan ahli
parlimen Barisan Nasional mula dibicarakan semula oleh rakyat. Siapapun
yang lompat akan disambut dengan baik asalkan tidak ada agenda peribadi
melainkan membangunkan Malaysia ini dengan amanah dan berkebajikan buat
semua.

Setelah mengharungi gelora dan badai dilautan luas dengan perjuangan kita
semua sekian lama akhirnya Allah menganugerahkan kita dengan kemenangan
sebagai nikmat dan ujian untuk kita galas bersama.

PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela
seluruh nasib rakyat. Biarpun pelbagai tohmahan dan fitnah telah
dilontarkan terhadap kita semua ini ianya dapat ditempuhi dengan
semangat,sabar dan takwa para pendokong kebenaran.

Politik ini penuh dengan seni dan tipu daya, sekiranya kita tidak dapat
mencongak dan menafsirnya dengan baik kita akan hanyut dan karam dengan
fahaman sempit idealogi-idealogi mungkar warisan penjajah yang akhirnya
semua orang akan rugi kalau tidak didunia pastilah akhirat.

Perjuangan dan kemenangan ini sangat manis biarpun ramai yang menangis
kegembiraan tanda syukur dengan nikmat Allah yang pastinya kita sebagai
hambanya akan berhadapan pula dengan ujian mengisi kemenangan.

Tahniah kepada semua rakyat! Semoga Allah terus rahmatkan kita
bersama....mengisi kemerdekaan... Reformasi & AllahuAkbar.

Sumber : Jundullah

- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

27.08.2008

1 comment

Putra IJ80 said...

Kite smuer tumpang gembira.

Tapi Jalan ke Putrajaya masih berliku.

Kerana Esok bukan satu kepastian,ia hanya satu kemungkinan.

Salam reformasi!!!

Powered by Blogger.