Risalah dakwah di konsert Avril

Ratusan anggota Pemuda PAS akan mengedarkan risalah dakwah kepada pengunjung konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne di Stadium Merdeka, Jumaat ini.

avril lavigneTimbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dijadual mengetuai lebih 500 ahli dewan itu untuk mengedarkan lebih 10,000 risalah kepada pengunjung beragama Islam di konsert itu yang diadakan bersempena siri jelajah antarabangsa penyanyi itu di Asia Tenggara.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad memberitahu Malaysiakini, risalah nasihat tentang masalah sosial di kalangan remaja itu kini sedang dicetak.

"Risalah itu untuk mengajak kembali kepada fitrah Islam yang sebenarnya," katanya.

"Oleh kerana sekarang sudah dekat dengan (sambutan) kemerdekaan dan Ramadhan, apa yang perlu dibuat oleh remaja (untuk dimuatkan dalam risalah)."

Risalah itu turut memasukkan makna ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama.

No comments

Powered by Blogger.