Abdul Khalid: Peruntukan JAIS tidak pernah dibincangkan

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak pernah membincangkan cadangan untuk menyalurkan 30 peratus daripada peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) bagi pembangunan penganut agama lain.

Katanya tidak pernah tergambar dalam fikirannya untuk melaksanakan perkara itu walaupun kerajaan negeri ada memberi sumbangan kepada masyarakat miskin tetapi sumbangan itu adalah untuk semua bukan untuk satu pihak sahaja.

"Tak ada langsung niat kerajaan negeri untuk mencampuradukkan kumpulan wang yang dikuasai oleh Mais (Majlis Agama Islam Selangor) dan LZS (Lembaga Zakat Selangor) dengan wang yang ditadbir oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REDHA) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan dengan pembangunan tanah tinggi dan lereng bukit di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor sebelum ini mengenai cadangan seorang Exco Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan kerajaan negeri menyalurkan 30 peratus daripada RM140 juta setahun yang diperuntukkan kepada JAIS disalurkan kepada agama lain dalam satu mesyuarat mingguan Exco bulan lepas. BERNAMA

ezam p mana sekarang?? ang jgn dok lari pulak....ramai dok cari ang tu....jangan malu beb.......mai la ezam..

No comments

Powered by Blogger.