Perak: Umno tidak aniayai PAS

Umno memberi jaminan tidak akan menganiayai PAS dalam kerjasama antara dua parti itu membentuk kerajaan campuran Perak seperti ditawarkan, kata seorang ahli jawatankuasa Umno Perak.

Datuk Dr Zambery Kadir, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata, PAS tidak perlu bimbang dengan saranan pengerusi badan perhubungan Umno, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

"Persefahaman mestilah dengan keadilan. Soal kebimbangan, bukan sahaja dihadapi oleh orang PAS tetapi juga oleh orang Umno.

"Kebimbangan pada peringkat awal adalah perkara biasa dan semulajadi tetapi kita perlu berpandangan positif kerana kedua-dua parti - PAS dan Umno - berteraskan Islam," kata Dr Zambery kepada Malaysiakini.

Umno Perak hari ini dilaporkan mengundang PAS bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan menawarkan wakil parti Islam akan terus menjadi menteri besar.

umno and pas negotiate 031207Mohd Tajol berkata, tawaran itu sebagai langkah permulaan ke arah merealisasikan saranan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan bagi menubuhkan parti baru.

"Kalau nak mula kerjasama, gabungan ini boleh dimulakan di Perak. Umno Perak sedia bekerjasama dengan PAS menubuhkan kerajaan yang lebih kukuh kerana kita ada 28 kerusi," katanya.

Umno menguasai 27 kerusi, manakala MCA (1) dan PAS (6) menjadikan jumlahnya 34 daripada 59 kerusi.

Pakatan DAP, PKR dan PAS kini memerintah dengan kelebihan tiga kerusi – DAP (18 kerusi) dan PKR (7).

Jika menjadi kenyataan, kerajaan campuran BN-PAS akan mempunyai majoriti sembilan kerusi.

Tajol Rosli berkata, Umno Perak sedia membenarkan wakil PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar, manakala keanggotaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

Dr Zambery yang juga ketua Umno bahagian Lumut berkata, persefahaman dan kerjasama tersebut merupakan rancangan jangka panjang tetapi perlu bermula dari sekarang.

Katanya, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan Umno Perak, bulan depan.

"Kita di peringkat bahagian menyokong usaha tersebut untuk kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Perak," katanya lagi.

Zambery menegaskan, masyarakat bukan Islam di Perak tidak perlu bimbang dengan perkembangan tersebut kerana mereka perlu melihat dari sudut kepentingan dan hak orang Melayu.

Katanya, jumlah orang Melayu di negeri itu cuma kira-kira 52 peratus daripada hampir dua juta penduduk.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Mahfuz Omar ketika dihubungi Malaysiakini berkata, PAS menolak pelawaan tersebut kerana parti itu lebih selesa dengan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno hendak bertemu PAS bukan kerana atas kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam tetapi mereka mahu mendapatkan kuasa semula.

"PAS lebih selesa dengan Pakatan dan oleh kerana itu tidak timbul soal DAP menunggang PAS. Sebaliknya Umno yang mahu menunggang PAS.

"PAS tidak memerlukan Umno sebagai rakan kongsi kerana tanpa parti itu sekalipun, kami mempunyai kemampuan untuk membangunkan Islam dan orang Melayu," katanya.

aku kesian la kat si tajol tu....ish2...

No comments

Powered by Blogger.