Terengganu bakalmiliki 10 buah kereta mercedes baru?

Oleh mohdnoorawang

" Terengganu Darul Imam, telah dinobatkan sebagai sang juara dalam SUKMA 2008. SYABAS. Hadiah kepada Menteri Besar Dato' Ahmad Said.

Menteri Besar, Dato' Ahmad Said, telah "berjaya bawa pulang" wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu, Walaupun banyak persoalan belum dijawap oleh Perdana Menteri bentuk dan caranya.

Namun dari "kaca mata rakyat" dan "cakap-cakap rakyat ramai" , tidak ingin lihat apa yang berlaku dalam era menteri besar yang lalu.

Binalah pasarana rakyat, perumaham. pertanian mega, nelayan mega, dan yang penting bina halatuju untuk rakyat miskin dan sediakan peruntukkan yang besar dalam pendidikan. Banyak lagi harapan dan rintihan rakyat yang perlu dijelmakan oleh Menteri Besar Dato' Ahmad Said.

Dalam pada itu ramai tertanya-tanya betulkah kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Dato' Ahmad Said bercadang untuk membeli 10 buah kereta mercedes yang baru?. (cakap-cakap je kok).

Untuk siapa yang memakai dan memandu kereta baru itu?.

Berapa jumlah pembelian sebenar kereta tersebut?.

Perlukah kerajaan menukar kereta dalam keadaan rakyat tertekan dengan harga barang naik?.

Jika benar kerajaan terengganu ingin tukar kereta kenapa tak beli kereta Nasional perdana v6 ?.

Jika kereta rasmi yang sedia ada sudah sampai tempuhnya . rakyat sokong dan saya setuju. Dengan bersyarat beli kereta nasional.

Terahkir, kereta yang lama nak beri kepada siapa dan kalau dijual siapa yang boleh beli?............ saya dan semua rakyat cerita tersebut tidak betul hanya sekadar cakap kedai kopi.

No comments

Powered by Blogger.