Pembalakan di Kedah: Kera dihutan atau anak dirumah yang layak disusukan?

" Gegak-gempita seluruh Malaysia berikutan kenyataan kerajaan negeri Kedah yang bercadang menjalankan aktiviti pembalakan dikawasan tadahan hujan.Berbagai pihak menyatakan bantahan dan meminta kerajaan negeri mengkaji semula cadangan tersebut.

Semua bantahan yang dikemukakan merujuk kepada kerosakan kepada alam sekitar yang bakal dialami sekiranya aktiviti pembalakan dijalankan.


Tiada siapa pun yang menghiraukan hak kerajaan negeri Kedah untuk mendapat pampasan sebanyak RM100juta setahun yang dinafikan oleh kerajaan pusat pimpinan Umno- Bn.Tiada saranan atau desakan yang dihalakan kepada kerajaan pusat agar melunaskan pampasan kepada kerajaan negeri Kedah.

Sepatutnya itu lah yang mereka lakukan, bukannya menekan kerajaan Kedah yang telah sedia ditekan.Mangsa rompakan yang dipukul bertubi-tubi sedang perompak dibiarkan bermaharajalela tanpa diapa-apakan.Wajarkah?

Bukan kah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak, dengan jelas telah menyatakan sekiranya kerajaan pusat bersedia untuk membayar pampasan kepada kerajaan negeri, beliau juga bersedia untuk membatalkan cadangan tersebut. Bukan bertujuan mengugut tetapi adalah untuk membela dan menuntut hak rakyat Kedah yang dicabuli.

Kedah ialah negeri miskin, ditambah lagi dengan bebanan hutang lebih RM2 billion yang ditinggalkan oleh kerajaan pimpinan Umno-Bn terdahulu.

Ironinya, mantan Menteri Besar yang terkenal akan kerakusannya mengondolkan hutan, sinis menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah tidak pandai mengurus sumber kewangan negeri. Pandai sangatkah beliau apabila meluluskan ribuan ekar kawasan pembalakan pada kadar RM500 seekar sedangkan nilai sebenar disekitar RM5,000 hingga RM7,000 seekar.
“Piiiiiraahh…mabuk!!!” (Ungkapan popular orang Kedah ).


Kerajaan dan rakyat Kedah telah berkorban dengan tidak memanfaatkan sumber kewangan negeri yang bernilai lebih RM16 billion demi kepentingan nasional. Namun pengorbanan besar ini dibalas dengan pengkhianatan.

Pulau Pinang, negeri kaya yang mendapat manfaat secara langsung, awal-awal lagi meminta kerajaan negeri Kedah mengkaji semula cadangan tersebut. Namun sedarkah, mereka juga turut mencabul hak rakyat Kedah kerana tidak melunaskan hutang yang berjumlah puluhan juta ringgit untuk bekalan air yang disalurkan. Beretika dan bertanggungjawabkah mereka?

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan NGO lainnya, yang lantang membantah sewajarnya lantang mendesak kerajaan pusat agar mengembalikan hak rakyat Kedah yang dikhianati.

Kalau kerajaan pusat boleh mengembalikan hak royalti petroliam kepada Terengganu, mengapa tidak kepada Kedah?

Telah ditegaskan, jika pun cadangan ini terpaksa dilaksanakan, kerajaan negeri menjamin akan memastikan ianya dijalankan dengan cara yang berhemah dan menggunakan kaedah berteknologi tinggi bagi meminimakan kesan kepada alam sekitar.

Logikanya, Ustaz Azizan semasa menjadi Ketua Pembangkang di DUN Kedah, telah dengan keras membantah cadangan seumpama ini yang pernah diajukan oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno-Bn suatu ketika dulu. Tetapi apabila hanya baru melepasi 100 hari menjadi Menteri Besar beliau bertindak sebaliknya, mengapa ya..?

Sedangkan kemampuan dan kebijaksanaan beliau berpolitik diakui kawan dan lawan.`Lu orang sendiri mau pikiaq la..!!`
"

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11745

No comments

Powered by Blogger.