Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian 1)

Oleh anakbulan

a



Dulu kena duti, sekarang tarik subsidi.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia hanya menanggung subsidi minyak untuk rakyatnya bermula tahun 2004. Mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa sejak 1974 hinggalah ke tarikh itu, setiap orang yang membeli minyak di pam telah membayar duti jualan yang mencecah hingga 90% ke atas harga pasaran sebenar dunia bagi setiap liter petrol.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang kuat Petronas, Tan Sri Hasan Merican dalam temubual bersama pengamal media yang disiarkan oleh semua saluran TV kerajaan baru-baru ini. Menurut beliau, pada tahun 1983 rakyat Malaysia membayar RM1.15 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti jualan sebanyak 50 sen atau 77% ke atas harga pasaran sebenar iaitu 65 sen seliter.

Pada tahun 1984 pula, rakyat Malaysia membayar RM1.10 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti sebanyak 52 sen atau 90% ke atas harga pasaran semasa pada ketika itu iaitu 65 sen seliter.

Menurut beliau lagi, kerajaan hanya mula menghentikan pengenaan duti jualan petrol pada tahun 2004. Sejak itu, bagi setiap liter petrol yang dibeli di pam, struktur harganya adalah termasuk komponen subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan hasil keuntungan operasi Petronas.

Berdasarkan maklumat tersebut -dengan andaian pemahaman saya betul dan Tan Sri Hasan Merican tidak merapu semasa temubual tersebut- saya ingin mempersoalkan di manakah kebenaran tuduhan juak-juak Umno selama ini yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia ketagih subsidi minyak?

Timbul juga persoalan, berapakah jumlah duti yang telah dikutip dalam tempoh tersebut? Ke manakah ianya dibelanjakan? Berapakah pula jumlah yang dilaburkan semula? Jika ia memang dilaburkan semula, maka berapakah jumlah keuntungan terkumpul sehingga ke hari ini?

Jika keputusan pelaburan semula itu adalah satu kerugian, maka sewajarnyalah juak-juak UMNO yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sewajarnya.

Tidaklah patut rakyat dipaksa dengan zalim untuk membayar harga minyak yang lebih mahal sedangkan berdasarkan perkiraan kewangan dan ekonomi, jumlah duti yang mereka bayar dahulu semasa harga minyak masih murah sepatutnya menjadi pelindung nilai (hedge) dan digunakan semula untuk membiayai subsidi minyak untuk rakyat di kala harga minyak di pasaran dunia meningkat begitu drastik.

Bukankah kerajaan sendiri menyeru supaya rakyat menyimpan semasa senang sebagai persediaan dalam menghadapi waktu kesempitan?

Justeru, dalam situasi mencabar pada hari ini, rakyat Malaysia sebenarnya telah membuat simpanan untuk menghadapinya iaitu dengan membayar duti jualan petrol di pam sepanjang tempoh 1974-2004.

Siapakah pula yang berhak menghalang mereka dari menggunakan semula simpanan mereka itu di saat-saat harga minyak naik menggila ini - dalam bentuk subsidi.

Atas justifikasi tersebut, saya secara peribadi, telah membakulsampahkan semua alasan yang diberi oleh juak-juak UMNO dalam mewajarkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter pada 4 April yang lalu.

Bercakap bohong sebahagian SOP UMNO

Tiadalah gunanya juga untuk mempersoalkan pembohongan-pembohongan juak-juak UMNO sejak sebelum PRU12 yang lalu. Ramai yang menghantar email menunjukkan kenyataan-kenyataan akhbar dan tulisan serta ucapan yang keluar dari mulut pemuka-pemuka UMNO yang menjamin bahawa harga minyak tidak akan naik selepas PRU12.

Tidak berguna lagi menyesali diri kerana telah menelan bulat-bulat semua pembohongan-pembohongan tersebut. Dolah Badawi, Najib Glokal, Muhyidin dan Shahrir Samad -sekadar menyebut beberapa nama- semuanya telah berbohong!

Bukannya kita tidak pernah diberi amaran. Namun, sikap sambil lewa dalam menginsafi peringatan-peringatan tersebut telah menyebabkan menteri-menteri kabinet Malaysia telah menjadikan penipuan dan pembohongan sebagai sebahagian dari SOP di setiap kementerian yang mereka terajui.

Kenduri doa selamat raikan harga minyak naik

Adalah disyorkan supaya setiap cawangan UMNO di seluruh negara menganjurkan kenduri doa selamat dan kesyukuran. Tumbangkanlah lembu, kerbau dan kambing.

Bukankah ianya patut diraikan bersempena kejayaan maha hebat Dolah Badawi, Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin menaikkan harga minyak sehingga 100% jika dibandingkan dengan harga yang diwarisinya dari Mahathir iaitu RM1.35 seliter?

Janganlah pula disebalik kemeriahan berkenduri itu, puteri-puteri UMNO turut ditumbangkan, dilapah dan dikendurikan sekali. Tidak larat pula nanti hendak melihat statistik kes-kes buang bayi meningkat lagi tahun ini.

Rahmat kepada rakyat negara pengeluar minyak lain, bala kepada rakyat Malaysia

Untuk meredakan sedikit keresahan yang bergejolak di hati, saya habiskan beberapa ketika untuk meneliti angka-angka. Manalah tahu angka-angka yang telah dikeluarkan oleh EPU dan BNM dapat menukarkan status kata-kata juak-juak UMNO dari pembohongan kepada azimat atau kata-kata keramat!

Hairan juga bila melihat pengikut-pengikut kelompok sekular ini begitu lahap 'minum air basuh kaki' pemuka-pemuka UMNO sedangkan mereka sememangnya tahu bahawa kaki-kaki itu bukan sahaja disaluti lumpur dan debu, malahan telah dicelupkan ke dalam lubang najis yang sudah maksimum kapasiti penggunaannya.

Menurut menteri Barang Naik (BN) dari JB (Jenayah Banyak), jumlah subsidi minyak dianggarkan sebanyak RM27 bilion untuk tahun 2008. Dengan kenaikan kejam baru-baru ini, dianggarkan RM17 bilion dapat dijimatkan (baca diselitkan ke poket menantu PM).

Amat menghairankan, disaat negara-negara pengeluar minyak lain meraikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia sebagai rahmat dari Tuhan, kerajaan Malaysia pula memberitahu rakyatnya bahawa mereka sedang ditimpa bala bencana dan musibah maha dahsyat.

Di saat negar-negara pengeluar lain bergembira dengan mengagihkan semula keuntungan jualan hasil minyak kepada seleruh rakyat mereka dalam bentuk langsung dan tidak langsung, kerajaan Malaysia pula bertindak kejam dengan menarik balik subsidi minyak dan menarik semula segala peluang untuk rakyatnya menikmati anugerah Tuhan ini.

Dalam konteks ini, pakar ekonomi dan monetari hairan dengan ketidakcekapan kerajaan dalam menguruskan rizab negara yang dilaporkan telah mencecah RM400 bilion. Ini membawa kita kepada suatu kebimbangan lain; iaitu adakah angka rizab tersebut benar-benar wujud di dunia nyata ataupun hanya tempelan atau angka yang wujud dari ketidakpatuhan kepada konvensyen perakaunan dan audit antarabangsa.

Apakah pula yang akan terjadi sekiranya angka-angka tersebut adalah satu pembohongan?

Berapa orang pula yang akan mati mengejut akibat serangan jantung, seandainya satu hari nanti dibuktikan bahawa kantung negara benar-benar kosong akibat dikendurikan oleh Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin?

Dari Singapura ke UAE, dari Jeddah ke Brazil, kita dapat melihat kerajaan-kerajaan tersebut melaburkan semula hasil dan rizab mereka secara efisyen melalui pelbagai saluran GLC dan sovereign funds. Pukul rata mereka berjaya memperolehi sekitar 10%-20% keutungan bersih tahunan dari pelaburan-pelaburan tersebut.

Berdasarkan senario itu, mengambilkira bahawa Khairy jamaluddin tidak campur tangan, bukankah pelaburan semula rizab negara itu akan membawa pulangan sekurang-kurangnya sekitar RM40 bilion setahun? Tidakkah jumlah ini sahaja sudah mencukupi untuk tujuan subsidi. Kita belum lagi memperkatakan tentang keuntungan bersih Petronas di luar negara sebanyak RM80bilion dan rizab tunai Maybank sebanyak RM34 bilion yang difaraidkan oleh Khairy Jamaluddin kepada kawan-kawannya di Sorak Financial Group Ltd. dan Temasek Holdings.

Bersambung ke bahagian 2 sedikit masa lagi.

No comments

Powered by Blogger.