Liwat didakwa berlaku di 'kondo di Damansara'

Dakwaan lihat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara", demikian menurut laporan pols yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas mangsa terbabit.

Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.

Beliau memberita demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibupejabat polis Kuala Lumpur hari ini.

Bakri berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 5.45 petang semalam di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.

Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.

Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh PKR.

"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.

Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.