DSAI berlindung di Kedutaan Turki

Assalamua'laikum,

DSAI telah dibawa ke Kedutaan Turki untuk diberi perlindungan kerana adanya cubaan nak membunuh beliau. Perkara ini didedahkan di dalam sidang media PKR yang diberikan oleh Presiden & Timbalan Presiden.

Difahamkan kedutaan Turki telah menyediakan satu pasukan keselamatan elit untuk memberi perlindungan sekuriti kepada DSAI. Beliau kini selamat di bawah jagaan mereka. Memandangkan kawasan kedutaan adalah kawasan yang mempunyai immuniti, maka tiada mana-mana pihak termasuk Kerajaan Malaysia yang boleh memasuki kawasan kedutaan tersebut. Insya ALLAH keselamatan DSAI terjamin. Kini ada ribuan penyokong gerakan reformasi berkumpul di hadapan Kedutaan Turki di No. 118 Jalan U-Thant untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada DSAI. Kami masih berada di Kedutaan walaupun hujan lebat turun. Adios..

Zulkifli Noordin

No comments

Powered by Blogger.