WAJARKAH KRISTIAN GUNA KELIMAH ALLAH?


Lafaz Allah adalah satu sebutan yang sinonim dan terlalu rapat dengan hati nurani umat Islam. Perkataan tersebut diterima pakai oleh umat Islam semenjak munculnya agama Islam pada abad yang ke 14 lagi. Ia adalah kata nama spesifik bagi Tuhan yang diimani serta disembah oleh umat Islam. Nama tersebut diperkenalkan menerusi al-Quran yang diturunkan melalui bahasa Arab. Dengan kata lain, penggunaan perkataan Allah hanya kkusus dalam agama Islam dan tidak pada agama-agama lain. Orang Yahudi mengguna perkataan Elohim atau Eloah terhadap Tuhan mereka.


Dalam agama Kristian Eropah, mereka menyebut nama Tuhan dengan panggilan GOD, misalnya Father God (Tuhan Bapa), Son God (Tuhan Anak) dan istilah tersebut termaktub di dalam kitab suci mereka. Dengan kata lain, mereka tidak memanggil Tuhan Bapa dengan panggilan Allah sebagaimana orang Islam.

Namun setelah Bible diterjemah ke dalam bahasa Indonesia dari naskhah Eropah, tiba-tiba mereka menterjemahkan perkataan GOD dengan mengguna perkataan ALLAH yang sama dengan istilah popular dalam agama Islam.


Apabila perkara tersebut dipertikaikan kerana meminjam nama ALLAH yang diguna dalam agama Islam, pihak Kristian Indonesia berhujah bahawa mereka bukan meniru Islam, tetapi menurut mereka, memang perkataan tersebut terdapat dalam Bible terjemahan ke bahasa Arab. Ini bermakna orang Arab Kristian juga memanggil ALLAH kepada Tuhan Bapa. Justeru itu, tidak salah jika mereka memakai perkataan tersebut untuk umat Kristian Indonesia.


Sebenarnya penggunaan kelimah ALLAH bagi Tuhan orang Kristian boleh membawa kekeliruan yang besar bagi umat Islam. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Tuhan orang Kristian dan Islam adalah sama padahal hakikatnya, konsep akidah antara kedua-dua agama itu adalah jauh berbeza.


Menurut akidah Keristian, Tuhan mempunyai anak iaitu Jesus dan Ruh Kudus juga Tuhan. Tuhan Bapa bersemayam di syurga diapit oleh Tuhan Anak iaitu Jesus (Isa). Dengan itu wujudkan akidah trinity (tritunggal) dalam agama Kristian yang ada sekarang.


Sebaliknya agama Islam menyatakan bahawa Tuhan adalah Maha Esa, tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan sebagaimana ditegaskan dengan jelas dalam Surah al-Ikhlas. Ini cirri-ciri perbezaan antara akidah ketuhanan Islam dan Kristian yang ada sekarang.


Apa yang menjadi tandatanya, jika penggunaan kelimah Allah dipakai dalam agama Kristian atas alasan Bible berbahasa Arab mengguna kelimat tersebut, kenapa pula kelimah Jesus (Isa) yang diterjemah ke bahasa Indonesia itu tidak memakai perkataan YASUK seperti Bible berbahasa Arab , sebaliknya mengekalkan kelimat Yesus (Jesus)?


Justeru itu, penggunaan perkataan ALLAH kepada Tuhan Bapa dilihat mempunyai agenda yang tersirat terhadap umat Islam, lebih-lebih lagi di kalangan rumpun Melayu.


Menyedari hakikat perbezaan ini konsep tersebut, apakah kelimah Allah wajar digunakan dalam sebarang penulisan terbitan Kristian di negara ini? Apa pandangan pihak berkuasa agama Islam mengenai perkara ini bagi mengelak kekeliruan tersebut. Apakah perkara ini tidak wajar dirujuk kepada Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu bagi mendapat penyelesaian yang muktamad?


Bagi saya, demi untuk menjamin keharmonian antara penganut Islam dan Kristian di negara ini, penggunaan istilah yang boleh menimbulkan sensitiviti agama haruslah dielakkan. Pihak perundangan negara ini harus mengambilkira nilai-nilai yang dipegang oleh penganut agama dalam membuat sebarang keputusan perundangan yang dirujuk kepada mereka seperti yang dilakukan oleh gereja Katholik.


Asas untuk penolakan ialah:


Bahawa perkataan Allah bukan perkataan popular bagi agama Kristian dan tidak digunakan dalam terjemahan Bible Eropah yang menjadi rujukan kepada terjemahan bahasa Melayu edisi Inonesia.


Bahawa kelimah Allah telah menjadi sebutan rasmi dan spesifik bagi agama Islam semenjak awal kedatangan Islam lagi.
"

No comments

Powered by Blogger.