Negara lain dah tak hormat kerajaan Pak Lah


Perkembangan politik di Malaysia kini mendapat tumpuan khas negara-negara asing terutamanya negara-negara ASEAN ekoran dari wujudnya kekecohan dalam parti-parti Barisan Nasional yang hampir kalah pada PRU Malaysia ke-12. Negara-negara luar memantau dengan rapi krisis kepimpinan yang wujud dalam UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional.

Mereka membuat rumusan bahawa Abdullah Badawi adalah 'lame duck Prime Minister' yang sedang ditekan untuk letak jawatan bukan saja oleh pembangkang tetapi oleh orang-orang UMNO dan beberapa anggota kabinetnya sendiri. Negara-negara asing membuat ramalan tempoh Pak Lah sebagai Perdana Menteri boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja, tak semestinya pada Perhimpunan Agong UMNO yang dijadualkan Disember ini.

Dengan tanggapan (perception) negatif sedemikian, maka negara-negara lain terutamanya negara-negara ASEAN tidak begitu mengindahkan atau menghormati Abdullah Badawi dan kerajaannya. Kerana kedudukkan kerajaan Abdullah Badawi dikira amat rapuh sekali, maka sebarang apa perundingan secara dua hala (bilateral) dengan Malaysia cuba ditangguhkan seboleh mungkin. Jelas bahawa sikap Abdullah Badawi berdegil dan tidak mahu letak jawatan punyai implikasi dan kesan yang negatif kepada hubungan antara Malaysia dan negara-negara lain. Situasi sedemikian membimbangkan dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak stabil yang memerlukan kerjasama negara-negara serantau untuk menanganinya.

Menteri-Menteri Malaysia yang membuat lawatan rasmi ke negara-negara jiran baru-baru ini dikatakan tidak sangat dilayan seperti dulu. Layanan diberi oleh tuan rumah secara acuh tak acuh kerana dikira Menteri-Menteri Malaysia itu tidak lama lagi mungkin akan digugurkan oleh perdana menteri yang bakal menggantikan Abdullah Badawi. Dengan erti kata yang lain anggota kabinet Abdullah Badawi tidak lagi berkesan dalam mewakili negara di luar negeri.

Ada terdengar cerita mengenai Menteri-Menteri Malaysia yang melawat negara-negara jiran diperlekehkan dengan cara pertemuan-pertemuan dengan beberapa pemimpin negara tuan rumah dibatalkan setiba mereka di negara jiran yang berkenaan. Bermakna tuan rumah memberi mereka 'cold shoulder treatment'.

Satu lagi kesan negatif kerana Pak Lah berdegil adalah pelabur-pelabur asing semakin berhati-hati untuk masuk menanam model waktu ini. Mereka ingin tunggu dan lihat keadaan. Kalau ada pun yang berani masuk waktu ini mereka akan menangguk di air yang keroh. Mereka akan mengambil kesempatan dari keadaan kerajaan Pak Lah yang lemah dan bernyawa-nyawa ikan itu untuk menekankan bermacam-macam syarat yang favorable kepada mereka.

Maka lagi lama Abdullah Badawi bertahun, selama itulah tiada keyakinan di kalangan negara-negara dan pelabur-pelabur asing untuk mengadakan hubungan konkrit dengan Malaysia. Yang ditakuti sekali adalah kerajaan baru yang akan mengambil alih tidak akan meghormati komitmen yang telah dibuat oleh kerajaan Abdullah Badawi. Maka mereka akan lebih kepada dasar "wait and see' - iaitu tunggu dan lihat.

Media-media asing kini sering menulis berkenaan kemungkinan akan ada 'coup' atau rampasan kuasa dalam parti UMNO untuk menumbangkan Abdullah Badawi pada bila-bila masa sahaja. Media asing turut mengatakan mengenai kemungkinan parti-parti pembangkang boleh mengambil alih kuasa memerintah Malaysia dalam masa terdekat ini dan perlu dipihak kerajaan-kerajaan negara lain awal-awal ini lagi 'cultivate' tokoh-tokoh pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Dato Seri Hj Abd. Hadi Awang yang dilihat bakal memimpin Malaysia jika sekiranya kerajaan BN tumbang.

Dan UMNO perlu fikirkan juga tentang Najib. Cerita kemungkinan Najib dan isteri terlibat dalam pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya sudah tersebar luas ke seluruh dunia melalui BBC dsbnya ekoran dari RPK dihadapkan ke mahkamah kerana menyiarkan artikel dalam blognya 'Malaysia Today' yang mengaitkan Najib suami isteri dalam pembunuhan tersebut. Sebelum ini sudah ada cerita-cerita adanya "cover up" oleh kerajaan Malaysia tentang kes Altantuya untuk menyelamatkan seorang yang penting dalam kerajaan Malaysia. Saya takut kalau Najib jadi PM nanti akan ada Ketua-Ketua Kerajaan negara lain yang kurang senang untuk berjabat salam dengan "the hand of a murderer."

Kalau UMNO sayangkan negara dan sayangkan rakyat maka bertegaslah dengan memaksa Abdullah Badawi yang sudah tidak diterima di dalam dan di luar negeri itu untuk letak jawatan Disember ini. Kalau boleh awal lagi.

Tarabulsi

No comments

Powered by Blogger.