Tuduh Anwar ejen Amerika, rupa-rupa Najib budak surahan mereka


Tuduhan bahawa Anwar Ibrahim ejen Amerika akhirnya memakan diri, apabila Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak lah sebenarnya budak suruhan Amerika sehingga sanggup menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur.

"Najib Razak telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berasa dukacita dengan tindakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan terhadap (negara) tetamu kita, Iran."Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa negara Asia Barat itu telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membawa masuk dan mempamerkan senjata-senjata terlarang bawah resolusi tersebut.

Akibatnya, ruang pameran milik Iran ditutup mendadak pada Selasa, hari kedua Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang diadakan sehingga semalam.

Walaupun Iran telah dimaklumkan tentang larangan itu, tambah Najib, negara itu masih berbuat demikian.

Anwar menambah, DSA 2008 dianjurkan untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain. "Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat.

Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA 2008."Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang (menghentikan) penyertaan Iran itu."

Kini sahlah bahawa tuduhan bahawa Anwar adalah ejen Amerika adalaah tuduhan untuk mengabui mata rakyat sedangkan Pak Lah dan Najib (Bakal Duta Malaysia ke Mongolia) yang sebenarnya budak suruhan Amerika.

No comments

Powered by Blogger.