nah...perang saudara dah bermula

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas Mentetri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan nasional di negeri itu dalam pilihan raya umum lalu.

“Beliau berkata saya sudah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung Rimba Jaya dekat Shah Alam) diriobohkan pada 15 November. Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu sudah pun dirobohkan pada pertengahan Oktober.

“Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan Perdana Menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.



Dalam satu temubual dengan Malaysiakini, satu laman web berita dalam internet, Dr Khir mendakwa kononnya Samy Vellu mengarahkan beliau untuk merobohkan kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat perhimpunan penyokong Hindraf.

Menurut laman web itu, Dr Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 November dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga.

“Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patungnya dipindahkan pada akhir Oktober. Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi,” kata Samy Vellu.

Beliau berharap Dr Khir akan berhenti mencari alasan bagi kekalahan BN di Selangor.

“Permintaan saya kepada beliau ialah supaya berhenti bercakap mengenai semua ini. Marilah kita kukuhkan kembali BN,” katanya. — Bernama

No comments

Powered by Blogger.