apabila timbalan panglima perang takut....


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan itu yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN.

Menurut laporan Bernama, sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.

Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua ahli parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata:
"Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.

"Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

"Namun), kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik."

No comments

Powered by Blogger.