apabila anak RUSTAM pun mula takut...

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan semua cawangan dan bahagian parti supaya menerima nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Katanya, semua pemimpin dan ahli parti perlu menerima saranan Presiden itu dengan hati yang terbuka kerana Perdana Menteri sendiri mengaku faham dan sudah menerima mesej yang hendak disampaikan semua pihak sebelum ini.

Malah, Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Umno sentiasa terbuka untuk ahli dan pemimpin pada semua peringkat menyampaikan pandangan dan nasihat untuk kebaikan parti.



“Ketika ini, lebih elok kita beri perhatian untuk mengukuhkan parti pada semua peringkat, malah Majlis Tertinggi (MT) Umno juga bincang hal mengenai bagaimana membela nasib Melayu dan rakyat berbilang kaum.

“Kita juga berpendapat pelbagai kelemahan yang dikenal pasti pada pilihan raya umum lalu perlu segera diperbaiki,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Malaysia ke-12, di sini, semalam.

Kelmarin, Abdullah meminta semua bahagian parti menghentikan tindakan mengadakan EGM mendesak peralihan kuasa dalam Umno dilaksana sebelum Disember ini kerana pucuk pimpinan sudah memahami kehendak dan pandangan akar umbi terhadap kerajaan.

Setakat ini, tiga bahagian Umno iaitu Cheras, Gua Musang dan Batu Pahat mengadakan mesyuarat tergempar meminta proses peralihan kuasa dipercepatkan bagi membolehkan pemulihan Umno dilaksanakan segera.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, pula berkata bahagian Umno sewajarnya tidak mengadakan EGM meminta proses peralihan kuasa dipercepatkan kerana tindakan mengadakan mesyuarat itu tidak membawa manfaat.

Beliau berkata, ia akan membawa kepada keadaan tidak menentu dan menakutkan orang, khususnya pelabur yang boleh menjejaskan ekonomi.

Sehubungan itu, katanya, selepas rakyat membuat pemilihan dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Umno perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja yang mesti dilaksanakan.

“Rakyat sudah buat keputusan, jadi tak perlu lagi ada EGM yang nak buat keputusan lain. Keputusan rakyat sudah jelas mahukan terus kerajaan ini... lebih baik kita tumpu kerja untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Umno bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pula berkata tindakan mengekang kehendak ahli parti ini hanya mendorong mereka menggunakan saluran yang tidak sepatutnya bagi meluahkan perasaan.

“Kalau kita boleh meminta ahli parti mengadakan perjumpaan dengan pemimpin bagi mendengar penjelasan mengenai isu tertentu, kenapa tidak menggalakkan mereka mengadakan EGM seperti diperuntukkan Perlembagaan Umno.

“Barulah kita boleh lihat demokrasi berkembang dalam Umno. Ketiadaan ruang untuk rundingan dan keengganan mendengar suara ahli menjadi punca kelemahan mana-mana pertubuhan,” katanya.

Di KOTA KINABALU, Umno Sabah menghormati kenyataan Perdana Menteri bahawa EGM itu tidak perlu dilakukan kerana sekarang ialah masa untuk memastikan Umno terus kukuh dan menumpukan kepada usaha menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata, sekarang ialah masa untuk semua pihak mengurangkan berpolitik dan melebihkan kerja bagi memenangi sokongan rakyat pada peringkat akar umbi.

Ahli MT Umno, Datuk Shahrir Samad pula berpendapat, walaupun keputusan mengenai EGM itu seharusnya diserahkan kepada bahagian parti, tetapi nasihat Presiden Umno juga sepatutnya dinilai dan diambil kira.

datuk seri tau tak yang sekarang orang mula muak dengan UMNO!!!! benci tengok pemimpin yang hipokrit...curi hasil dan hak rakyat...urus tadbir dengan cara yang lemah...penipu...mana hak kami sebagai rakyat malaysia?????????ko reti tak??

No comments

Powered by Blogger.