anuar musa....semua orang benci kat kamu


Annuar didesak lepas jawatan secara sukarela


KOTA BHARU: Pemuda Umno Bahagian Machang mendesak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa melepaskan jawatannya secara sukarela, tanpa perlu menunggu diminta berbuat demikian oleh pucuk pimpinan parti.

Ketuanya, Datuk Sazmi Miah, berkata Annuar perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan Barisan Nasional (BN) Kelantan pada pilihan raya umum lalu bagi memberi peluang kepada pemimpin baru membuat perubahan dan mengukuhkan semula kedudukan parti di negeri ini.

Sazmi yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Pemuda Machang, Oktober ini, berkata kepemimpinan Umno negeri ketika ini umpama ikan busuk kerana tidak mahu mengakui kelemahan sehingga menjejaskan kekuatan parti dalam mengembalikan sokongan rakyat.



"Kita minta kepemimpinan negeri mengkaji semula kedudukan mereka dengan meletakkan jawatan kerana kepala ikan dah busuk...apabila busuk, kita buang kepala la. Saya tak nampak ada pemimpin Kelantan yang mengakui kekalahan lalu disebabkan kelemahan sendiri.

"Saya harap Annuar berilah peluang kepada pemimpin baru sebab dia gagal memikul amanah diberikan kepadanya. Dia dilantik sebagai pengerusi untuk menang, tetapi bila dah kalah, kenalah letak jawatan.

“Dia (Annuar) tak perlu kata sedia letak jawatan... tak perlulah nak tunggu pucuk pimpinan minta berbuat demikian. Dah gagal, letak sajalah...buat apa tunggu lagi.

"Saya tak dengar apa yang Umno Kelantan nak buat. Mana pergi Pengerusi Perhubungan pun saya tak tahu, kita di bahagian tak dipanggil pun untuk berbincang dan mengkaji masalah pada pilihan raya umum lalu dan apa kita nak buat selepas ini," katanya di sini, semalam.

Kelmarin, selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, Annuar menjelaskan, beliau sedia melepaskan jawatannya apabila pucuk pimpinan parti berasa masa sudah tiba untuk beliau berbuat demikian.

Annuar berkata, tumpuan dan tugas utama yang akan diberikannya dalam tempoh terdekat ialah menyatupadukan ahli Umno semua bahagian dan meneruskan agenda pembangunan seperti yang diamanahkan rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, BN hanya memenangi enam daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selain hanya menang dua kerusi Parlimen daripada 14 dipertandingkan yang menyaksikan Annuar dan Sazmi, masing-masing tewas di Parlimen Ketereh dan Machang.

Sazmi yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut mencadangkan supaya semua penggerak parti yang dilantik seperti penggawa, penyelia pembangunan mukim (PPM), jawatankuasa kerja kampung (JKKK), pengerusi masjid dan surau serta pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) meletak jawatan.

"Ada antara mereka ini sudah memegang jawatan sejak 1990 lagi, tapi sampai 2008 tak pernah menang pun. Mereka yang jadi PPM pun tak membantu kemenangan parti, ia lebih banyak membawa kemudaratan dan keburukan kepada kita.

"Saya akui ada kelemahan di peringkat Parlimen Machang yang menyebabkan kekalahan dan berjanji melakukan perubahan dari peringkat akar umbi hingga ke pentadbiran Umno di peringkat cawangan demi memulihkan kedudukan Umno di Machang," katanya

No comments

Powered by Blogger.