SOKONGAN PADU KEPADA DYMM SULTAN TRENGGANU


Oleh batmanm

"Sebagai warganegara Malaysia yang menerima Rukun Negara ,khasnya prinsip "Kesetiaan kepada Raja", saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menunjukan sokongan padu mereka kepada DYMM Sultan Trengganu.



Kalau disemak rekod DYMM Sultan Trengganu,saya yakin DYMM telah mengambil kira kepentingan rakyat dalam hal perlantikan MB Trengganu.

Dari apa yang telah saya baca dalam media massa , nampaknya DYMM Sultan (yang juga DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong) berdiri berseorangan menentang Kerajaan.

Saya berpendapat rakyat ,terutamanya rakyat Trengganu,perlu menunjukan kasih sayang dan hormat mereka kepada DYMM Sultan.
Saya yakin bahawa dengan sokongan serta pembelaan rakyat , penyelesaian sepakat dapat dicapai.

Sekiranya timbul ketidakpuasan hati dengan keputusan DYMM Sultan, ia sepatutnya diselesaikan secara sulit .Kenyataan umum terhadap DYMM Sultan hanya akan dianggap sebagai suatu tindakan biadap dan derhaka terhadap institusi Raja dan rakyat tidak akan menerimanya dengan baik.

DAULAT TUANKU! "

No comments

Powered by Blogger.