Siapa Ahmad Said?

Siapa dia Ahmad Said? Nama ini cukup popular sekiranya ditanyakan kepada orang kemaman. Andai kata anda berani, nah cuba kepasar besar chukai kemaman dan cubalah bertanya kepada peniaga disitu… “pok cik kenal dok mat said”…pasti anda akan beroleh lebih dari sekadar jawapan.

Malah mungkin akan mendapat cerita-cerita sampingan. Siapa dia Ahmad Said? Kalaulah ditakdirkan tuhan dia menjadi menteri besar maka akan berlakulah satu revolusi dalam pemerintahan kerajaan negeri terengganu.

Walaupun banyak desas-desus yang mengaitkan mat said dalam beberapa skandal penyalahgunaan kuasa serta salah laku, perkara itu masih dalam siasatan.

Walaupun berbukti, tapi pasti sukar untuk mengaitkannya kerana statusnya yang bakal menjadi menteri besar. Siapa dia Ahmad Said? Berdasarkan pemerhatian semasa, mat said vs idris jusoh mari kita tengok siapa menang berdasarkan beberapa kriteria ini :

1. Saper lagi samseng [mat said menang…pak lah dia lawan]

2. Pengaruh kuat [idris jusoh, sebab die bekas mb]

3. Kekayaan [idris jusoh la…]

4. Loghat kuala Lumpur [dua-dua pekat terengganu]

5. Idea-idea bernas [mat said la]

6. Hubungan istana [mat said]

7. Isteri lebih dari satu [mat said]

8. Pembangunan [mat said]

Siapa dia Ahmad Said? Meskipun mat said hanya merupakan exco/adun sahaja dan bukannya menteri besar tetapi idea beliau jauh kehadapan berbanding idris jusoh.

Yang pasti mat said tidak akan mengikut teori idris jusoh untuk kelihatan lebih islam kerana dia bukan orang yang seperti itu. Mat said tidak akan membina puluhan masjid atau membuat taman-taman islam lagi.

Dia tidak akan berlumba-lumba dengan pas untuk membuktikan siapa lebih islam dan siapa lagi jahil. Yang pasti dia akan membawa pembangunan yang jauh lagi kehadapan berbanding idris jusoh. Buktinya?
1. Center point kemaman. Sebuah pusat membeli belah 4 tingkat dengan kemudahan escalator dikemaman yang dengar ceritanya di ilhamkan oleh mat said, telah wujud sebelum pas memerintah lagi dan ia amat mendahului zaman.

Wujud sebelum kb mall, malah kira-kiranya yang pertama diterengganu. Mendahului kuala terengganu yang hanya ada sebuah bangunan dinamakan astaka. Tidak lain dan tidak bukan dibina untuk memajukan sektor perniagaan, namun pembinaanya terlalu awal, dapat dilihat hari ini banyak lagi kedai2 kosong yang tidak tersewa.

Satu kerugian yang tidak diduga. Mungkin kuala terengganu mempunyai mydin pada hari ini, namun hakikatnya ia tidak dibina dikemaman kerana terdapat bantahan peniaga dikemaman dan lokasinya yang agak dekat dengan mydin kuantan. Malah mydin kuala terengganu itu baru saja dibuka.

2. Roller Coaster. Siapa sangka yang kemaman pernah ada roller coaster? Idea siapa lagi kalau bukan mat said? Kos pembinaanya menelan belanja jutaan ringgit, terletak di padang astaka, chukai kemaman. Jika ditinjau dari konsep asal ingin mewujudkan sebuah taman tema. Namun begitu ternyata kewujudanya terlalu awal, sebelum pas memerintah lagi sudah wujud. Namun juga berlaku kerugian, antaranya disebabkan.

1. Roller coaster terlalu asing buat rakyat terengganu ketika itu.

2. Harga tiket yang mahal

3. Cuma sekadar 2 atau 3 kali pusing sahaja sudah habis.

4. Tidak mencabar langsung [bandingan dengan genting punya]

5. Trek yang sangat pendek, tapi kos jutaan ringgit.

Oleh yang demikian roller coaster tersebut telah dicabut balik dan yang tinggal hanya tapak sahaja pada hari ini. Inilah kerja mat said, bernas, tapi terlalu tergesa-gesa dan tiada promosi yang baik. Suatu lagi pembaziran…mungkin kecil sahaja bagi dia. Tapi tetap menggunakan duit rakyat.

3. Taman hutan bakau Terletak di bakau tinggi kemaman. Hutan bakau ditebuk dan dibina jejantas kayu didalamnya dimana pelawat boleh menikmati keindahan hutan bakau didalamnya dalam satu bentuk bulatan yang sangat panjang.

Panjang sehinggan kedalam dan seterusnya berpusing balik ke tempat asal. Cantik sekali, malah kos pembinaanya dari kayu juga menelan jutaan ringgit. Tetapi pada hari ini sudah seperti merbahaya untuk digunakan. Malah jika difikirkan apa faedahnya tempat itu untuk rakyat yang miskin ini? Malahan sudah kurang kunjungan orang. Antara faktornya:

1. Berlakunya kejadian seorang gadis dirogol beramai-ramai (dalam utan saper nmpak)

2. Tempat maksiat dimalam hari. Mat-mat rempit beromen dengan minah rempit

3. Tempat pasangan kekasih bermadu asmara.

4. Penguat kuasa agama pun seram nak masuk malam-malam .

5. Lebih kepada tempat maksiat berbanding tempat rekreasi. Oleh yang demikian, ternyata mat said seorang yang berpikiran maju kehadapan, tidak seperti idris jusoh yang hanya mengikut telunjuk paklah.

Namun begitu entah kenapa., semua projek hasil pemikiran mat said setakat ini tidak berjaya. Oleh yang demikian, apabila sudah menjadi menteri besar. Dapatlah kita agak apa yang akan dibawanya keterengganu. Dia tidak akan pakai ratusan juta untuk buat projek, tapi dia akan guna jutaan ringgit untuk buat projek yang dirasakanya menarik tanpa memikirkan apa akan terjadi selepas itu.

Projeknya kecil, tetapi menjadi suatu kenangan buat rakyat kemaman. Kreatif tak bertempat. Inilah Ahmad Said. "

No comments

Powered by Blogger.