Kemenangan Yang Tidak Diberkati Allah

Kemelut perlantikan Menteri Besar di Terengganu selepas PRU-12 pada hakikatnya adalah akibat daripada kemenangan yang tidak diberkati Allah. Melalui penipuan pengundi terancang @ hantu dan pemalsuan kad pengenalan, BN telah mencapai kemenangan yang agak selesa di Terengganu. Sungguh pun begitu, mereka gagal untuk menubuhkan sebuah kerajaan di negeri tersebut sehingga kini, kerana berlaku pergeseran di antara BN-UMNO dengan Istana Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar. Adalah jelas bahawa Istana tidak dapat menerima Datok Seri Isris Jusoh untuk menyandang jawatan tersebut, walau apa pun sebab atau alasannya.


Pengisytiharan oleh Istana Terengganu mengenai perlantikan Datok Ahmad Said, ADUN Kijal, sebagai Meneteri Besar nampaknya tidak dapat menyelesaikan kemelut tersebut. Semua ADUN BN-UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu tidak mahu menerima beliau sebagai Menteri Besar dan berkeras inginkan DS Idris Jusoh terus menyandang jawatan itu. Mereka malah mngugut akan memulau majlis angkat sumpah Ahmad Said sebagai Menteri besar dan akan mengundi tidak percaya kepada beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Malah, UMNO Malaysia, melalui Setiausaha Agungnya, telah memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin ke atas Ahmad sekiranya beliau mengangkat sumpah seabagai Menteri Besar. Sebenarnya apakah yang dikehendaki oleh UMNO, dan secara tersiratnya, apakah yang dikehendaki oleh Pak Lah sebagai Presiden UMNO?

Nampaknya Pak Lah telah kehilangan punca disebabkan kekalahan besar yang dialami oleh BN dan UMNO dalam PRU-12 baru-baru ini, lebih-lebih lagi dengan kehilangan kekuasaan mereka di 4 buah negeri baru, selain daripada kegagalan besar mereka untuk menguasai Kelantan. Beliau hampir lupa bahawa perhubungan di antara Ketua Kerajaan di negeri-negeri yang mempunyai raja dengan Sultan amatlah penting. Sekurang-kurangnya, Menteri Besar terpaksa mengadap Sultan seminggu sekali untuk melaporkan keputusan-keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Exco. Di manakah seorang Menteri Besar yang tidak direstui oleh Istana akan meletak hidungnya untuk mengadap Sultan? Apakah Pak Lah tidak menyedari hal ini sehingga sanggup mengarahkan Setiausaha Agung UMNO mengeluarkan amarannya kepada Ahmad Said, yang secara tidak langsung menyanggah keputusan yang dibuat oleh Istana?

Apalah yang ada sangat pada Idris Jusoh itu, yang "*****iness"nya memang diketahui umum dan tidak disenangi oleh banyak orang, lebih-lebih lagi dalam hubungan dengan baginda Sultan. Pak Lah boleh mnyelesaikan perkara ini awal-awal lagi apabila pihak Istana membatalkan majlis angkat sumpah Idris pada 10 Mac yang lalu, dengan mengemukakan satu nama lain yang boleh diterima oleh Istana. Akan tetapi, mungkin kerana datang dari sebuah negeri yang tidak mempunayi raja, Pulau Pinang, Pak Lah tidak merasakan keperluan berbuat demikian. Menurut satu sumber, dalam kemelut perlantikan Menteri Besar Perlis, Pak Lah tidak mengadap DYMM Raja Perlis untuk mencari penyelesaian, dan berpada hanya dengan menghantar Najib berbuat demikian. Beliau boleh menasihati Idris supaya bersedia menerima ADUN UMNO yang lain sebagai Menteri Besar dan menasihatkan ADUN-ADUN yang lain membuat perkara yang sama. Ini tidak dilakukannya. Beliau nampaknya malah terikut-ikut dengan silat gayung Idris dan membiarkan krisis kerajaan Terenggunu berlarutan sehingga 2 minggu. Adalah dipercayai pihak Istana tidak mengambil keputusan dalam tempoh tersebut kerana ingin melihat apakah tindakan Pak Lah dalam hal ini. Akan tetapi, apabila tidak ada tindakan daripada beliau dan semuanya seolah-olah diserahkan kepada Idris, maka akhirnya Istana membuat keputusannya. Apakah kesudahan kemelut ini sama-samalah kita nantikan. Setakat mana ADUN-ADUN BN-UMNO bersedia untuk mengotakan ancaman mereka dengan memulau majlis angkat sumpah berkenaan dan seterusnya mengundi tidak percaya kepada Menteri Besar yang dilantik oleh Istana.

Cuma, beberapa persoalan timbul di kepala. Apakah rahasia disebalik "kebergantungan" Pak Lah kepada Idris? Adakah hal ini ada kena mengena dengan kegelojohan Patrik Lim @ Badawi dan Khairi Jamaludin?

Atau apakah Terengganu akan menyaksikan episod-episod yang tidak menyenangkan seperti yang pernah berlaku di Kelantan satu ketika dulu apabila satu percubaan dibuat untuk menabalkan seorang Sultan baru?


Itu hanya sekedar persoalan sahaja. Akan tetapi, percayalah apa yang berlaku adalah akibat daripada kemenanangan yang tidak diberkati Allah!

"

No comments

Powered by Blogger.