Dimana Pergi Wang Ehsan, Idris Jusoh Perlu Disiasat


Banyak pihak hari ini mendesak supaya harta kekayaan Idris Jusoh disiasat kerana dilaporkan bahawa beliau mempunyai kekayaan luarbiasa semenjak menjadi Menteri Besar Terengganu.

Kebanyakan perbelanjaan adalah boros dan rakyat tertanya-tanya apakah wang ehsan dari Petronas yang diperjuangkan oleh kerajaan PAS sebelumnya telah diterima dan digunakan untuk menamung semua perbelanjannya yang boros itu.


Malah di dalam usahanya untuk mengekalkan kemenangan UMNO-BN di Terengganu, beliau dilaporkan telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mengupah pengundi-pengundi hantu dengan bantuan dan eksploitasi Suruhanjaya Pilihanraya, pihak media serta polis.

Datuk Kamaruzaman telah berada menemui Idris Jusoh beberapa hari sebelum pilihanraya yang menurut sumber tertentu adalah bagi membincangkan perlaksanaan pilihanraya yang kotor di negeri tersebut.

Ini juga dapat dilihat di dalam usahanya untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Terengganu dimana beliau dikatakan anggup perhabiskan berjuta-juta ringgit untuk membeli sokongan 23 wakil rakyat UMNO Terengganu serta wartawan-wartawan media arus perdana supaya memihak kepadanya serta memburukkan Datuk Ahmad Said, ADUN Kijal yang telah menema watikah pelnatkan sebagai Mentri Besar Terengganu yang baru.

PAS Terengganu juga digesa supaya melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh pimpinan PAS Kelantan sewaktu negeri Kelantan cuba dirampas oleh kerajaan BN dimana TG Nik Abdul Aziz telah menganjurkan solat dan munajat perdana sebanyak dua kali merayu kepada Ilahi agar percubaan UMNO itu dikalahkan oleh Allah s.w.t.

"PAS Trengganu perlu lebih proaktif di dalam hal ini dan tidak membiarkan UMNO-BN bertindak sewenang-wenangnya. Satu Mesyuarat Tergempar sepatutnya telah dipanggil dan pembedahan serta pendedahan penipuan perlu dilakukan tanpa rasa bimbang atau takut. Post-mortem pilihanraya masih tidak dibentang walapun telah dua minggu pilihanraya belalu. Rakyat telah lama menunggu dan tertanya-tanya," tegas seorang pemimpin PAS peringkat Kawasan di sini hari ini.

"Rakyat juga perlu tahu ke mana wang ehsan itu pergi dan macamana Idris boleh berbelanja begitu boros tanpa sebarang siasatan dan tentangan. Pihak PAS Terenganu perlu tubuhkan task-force menyiasat kedudukan sebenar hal ni," tegasnya.

"Dan yang utama, PAS Terengganu tidak boleh mengambil sikap tungu dan lihat terlalu lama tanpa berusaha, membiarkan kepincangan perjalananan pilihanraya terus berlaku."

Banyak pihak melihat bahawa PAS Terengganu sudah berpas-hati dengan 8 kerusi yang dimenanginya serta kejayaan memenangkan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang di kedua-dua kerusi, Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang serta hanya mengharapkan "perpecahan di dalam UMNO" yang berlaku dapat mengubah senario yang ada.

No comments

Powered by Blogger.