Bukti Kaum India Terpinggir, 40,000 Anak Kaum India Tiada Surat Beranak

PASJB memandang serius pendedahan oleh kerajaan bagaimana 40,000 anak orang-orang India selama ini tidak mempunyai surat beranak yang sekaligus membuktikan hak kaum India yang dipinggirkan.

Disana masih ramai lagi orang-orang India yang duduk didalam estet-estet perladangan, sudah semestinya mereka terpinggir dari arus kemodenan negara.

Usaha kerajaan untuk memberikan surat beranak kepada mereka dan pendaftaran dimana-mana sekolah kerajaan bagaimanapun disambut baik oleh PAS cumanya kenapa baru sekarang hal kebajikan kaum India mahu diambil peduli oleh kerajaan.

Tidakkah ini semua ada agenda tersembunyi disebalik hampirnya tarikh pilihanraya ataupun kegusaran kerajaan bilamana Hindraf lahir sebagai wadah perjuangan orang India setelah sekian lama ditipu oleh MICBN.

Disinilah kaum India mempunyai kelebihan berbanding kaum melayu, seharusnya kaum India mengambil peluang diatas tuntutan mereka untuk cuba tarik tali dengan parti pemerintah BN.
Dikala ini BN akan menunaikan apa sahaja tuntutan dan permintaan kaum India asalkan kaum India akan terus mengundi mereka dalam pilihanraya, tidakkah politik Malaysia seperti politik Tamil Nadu.


Kami mengingatkan kaum India disini supaya jangan terjerat dengan politik jahat pemerintah seperti ini, sudah menjadi lumrah bilamana sebelum pilihanraya tuntutan-tuntutan akan dilayan.

Jalan yang tidak rosak pun akan ditar baru, cuti Thaipusam pun akan diberi dan pemimpin politik yang tidak pernah menjenguk rakyat pun akan datang bertanyakan masalah seolahnya mereka datang sebagai penyelamat. Walhal merekalah yang akan hilang setelah menang pilihanraya dan akan muncul semula bila sokongan rakyat ditagih untuk pilihanraya akan datang.

Kami tegaskan disini keadilan bukannya milik satu kaum sahaja tetapi milik semua kaum biarpun ia warganegara ataupun tidak.
Kaum India mestilah bersama-sama dengan semua pakatan pembangkang untuk mengajar BN kali ini, menjadi bonus buat rakyat sekiranya pembangkang diberikan mandat untuk menang dan memerintah.


Ini semua tidak mustahil sekiranya rakyat berani membuat perubahan... Satu undi rakyat boleh mengoncang kerusi empuk BN selama ini...BN akan sampai ajalnya...

40,000 anak India tiada surat beranak

SHAH ALAM 20 Jan.-Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani masalah kira-kira 40,000 anak kaum India luar bandar di seluruh negara yang tidak memiliki sijil kelahiran.
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, pasukan tersebut akan memasuki kawasan terpencil khususnya ladang untuk mengumpul maklumat terperinci bagi membolehkan golongan itu mendapat dokumen berkenaan.


Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Selangor menambah, kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu latar belakang kanak-kanak terbabit termasuk ibu bapa mereka sebelum mengeluarkan sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya penipuan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO baru-baru ini mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah pendaftaran anak kaum India yang tidak mempunyai surat beranak.

"Terdapat kira-kira 40,000 anak kaum India yang tidak mempunyai surat beranak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Menteri Besar Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kaum India di sini malam tadi.


Menurut Mohamad Khir, sebagai permulaan, kesemua mereka akan dibenarkan mendaftar di mana-mana sekolah kerajaan berkuat kuasa tahun ini bagi membolehkan pendidikan sempurna dapat diberikan.
"Kerajaan mahukan semua rakyat dari setiap kaum mendapat peluang yang sama rata dalam semua bidang termasuk pendidikan.


"Oleh itu, dengan usaha ini ia akan memberi peluang kepada anak kaum India meningkatkan taraf hidup mereka pada masa depan khususnya dalam usaha membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan,"

katanya.Sumber : Jundullah - Utusan Meloya
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

No comments

Powered by Blogger.