Menantu PM dalang perhimpunan Hindraf?

Itulah maklumat yang kami terima. Bunyinya pelik tetapi ada alasan kukuh yang diberikan oleh pemberi maklumat kami. Dalam sejarah politik Malaysia, hanya apabila terjadinya perbalahan diantara kaum, UMNO, MCA dan MIC akan kembali menjadi kuat. Ini telah terbukti selepas berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Melayu kembali menyokong UMNO dan Cian kembali bersama MCA.

Ini yang ingin dilakukan oleh menantu PM. Beliau tahu bahawa orang Melayu sudah mula hilang keyakinan kepada PM, dan ini amat berbahaya jika berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 12. Jika kebencian orang Melayu kepada Pak Lah berterusan, bermakna undi mereka akan pergi kepada pembangkang dan Pak Lah akan dilihat gagal mempertahankan prestasi PM. Maka mudahlah untuk Najib meyakinkan Pak Lah untuk berundur dan memberikan laluan kepadanya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ini yang paling ditakuti oleh menantu PM. Jika Najib naik, peluangnya untuk terus kukuh didalam UMNO sehingga menjadi PM tidak akan berjaya. Segala usaha yang telah dilakukannya termasuklah menggadaikan sedikit demi sedikit negara kepada Singapura sia-sia.Jadi beliaupun memulakan taktik jahatnya. Sumber kami mengatakan bahawa beliau bertemu dengan Uthayakumar beberapa bulan yang lalu dan memulakan perundingan.

Diantara perjanjian mereka ialah, menantu PM akan membiayai kesemua kos yang diperlukan oleh Uthayakumar untuk menganjurkan satu perhimpunan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Sebagai balasan, Uthayakumar akan terus disokong dari segi kewangan dan perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan seperti ISA. Sebab itu sehingga hari ini kerajaan tidak menggunakan ISA kepada Uthayakumar walaupun beliau telah memainkan isu yang bahaya dan berpotensi untuk menjadikan satu rusuhan kaum.

Selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November yang lalu, sekarang giliran menantu PM untuk mengapi-apikan kemarahan kumpulan Melayu pula. Diberitakan bahawa satu pertemuan oleh NGO dan Pertubuhan Melayu di Kg. Baru dalam jangkamasa terdekat ini. Tujuannya ialah untuk mempertahankan Islam.

Selepas pertemuan, NGO dan Pertubuhan yang hadir akan mengeluarkan kenyataaan dan slogan yang berbunyi, "Jangan cabar umat Islam dinegara ini". Pertemuan yang ditaja oleh menantu PM itu tidak lain tidak bukan berniat untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.Apabila orang Melayu sudah marah, maka mereka akan kembali memberikan sokongan kepada Pak Lah.

Ini mencerahkan peluang Pak Lah untuk memimpin UMNO sekurang-kurangnya selama satu penggal lagi.Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, saya tidak faham mengapa kestabilan dan keharmonian negara sanggup digadaikan demi untuk mempertahankan kuasa? Saya berharap agar orang Melayu tidak lagi bodoh dan membiarkan diri mereka diperalatkan oleh segelintir pihak yang hanya gila kepada wang dan kekuasaan.

Anak Jati Rembau.

No comments

Powered by Blogger.