Raja Muda Perak dicadang Pengerusi Suruhanjaya

KUALA LUMPUR :
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mencadangkan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (gambar)dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Diraja bagi mengembalikan kemuliaan institusi kehakiman negara ini atau pun ayah baginda, Sultan Perak sendiri sebagai bekas Ketua Hakim Negara di era gemilang institusi kehakiman negara.

Di samping mereka berdua, beliau juga mencadangkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaikh Daud dan Datuk N. H. Chan dan bekas dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Visu Sinnadurai sebagai anggota.

Di samping mereka, Kit Siang juga mencadangkan agar nama-nama berikut dipertimbangkan untuk menjadi anggota Suruhanjyaya Diraja itu.Mereka adalah Tunku Abdul Aziz (Transparency International), Raja Aziz Addruse (Bekas Presiden Majlis Peguam), Datuk Param Cumaraswamy (bekas pelapur khas PBB), Yeo Yang Poh (bekas Presiden Majlis Peguam) dan Chooi Mun Sou (anggota JK Penyiasat BBMB).


Kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan mencadangkan pembaikan untuk institusi kehakiman ekoran cadangan penal penyiasat video klip VK Lingam.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bimbang penubuhan suruhanjaya ini senasib dengan penubuhan suruhanjaya penambahbaikan polis menjelang pilihanraya 2004 lalu."Ia hanya menjadi gimik menjelang pilihan raya sahaja. Selepas ini, cadangan entah ke mana, laporan entah ke mana," kata Husam.

Siasahdaily

No comments

Powered by Blogger.