Mari kita cabar Umno dan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat negara ini tidak memerlukan demonstrasi jalanan untuk menuntut sesuatu kerana ia bukan budaya Malaysia.‘‘Kalau diikutkan, Barisan Nasional (BN) mampu mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada perhimpunan Gabungan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil semalam yang mengumpulkan kira-kira 10,000 orang.‘‘BN mampu mengumpulkan (bilangan peserta) lebih besar daripada jumlah semalam kalau itu yang kita mahu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Namun itu bukan budaya rakyat negara ini,’’ Utusan Malaysia - 12 November 2007.

Jika benar Najib kata BN boleh mengumpulkan lebih daripada seratus ribu (bukan 10,000 seperti yang didakwa), kita cabar mereka Barisan Nasional agar menghimpunkan ahli-ahli setta mereka di Dataran Merdeka seramai 100,000. Tetapi kita tidak mahulah BN buat seperti yang selalu mereka amalkan untuk memenuhkan majlis mereka iaitu mengangkut budak-budak sekolah, pelajar-pelajar IPTA dan imam-imam masjid yang di kawal oleh Umno dengan bas. Membayar kepada mereka sejumlah wang sebagai galakan. Dan mengumpan mereka dengan hiburan untuk menarik mereka memenuhi himpunan yang dianjurkan oleh BN itu.

Kepada polis pula kita minta agar mereka bertindak seperti mana yang mereka lakukan terhadap himpunan anjuran pembangkang iaitu menembak dengan air kimia serta gas pemedih mata dan mengejar serta membelasah para peserta himpunan. Maka di situ kita mahu lihat mampukah Umno dan Barisan Nasional mengumpulkan ahli-ahli serta penyokong mereka seramai 100,000 untuk menempuh segala kepayahan seperti semburan air berasid dan gas pemedih mata yang menyakitkan. Sanggupkah ahli-ahli Barisan Nasional berkorban dan menempuh segala kepayahan ini demi perjuangan mereka?

No comments

Powered by Blogger.